Thursday 16 June 2011

Maklumat Pusat InfoSTI@MOSTI Pekan


LATAR BELAKANG PUSAT INFOSTI@MOSTI PEKAN

Pusat InfoSTI@MOSTI Pekan menggunakan pusat yang telah didirikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu Pusat Komuniti Pintar PNB (“PKPPNB”) yang terletak di Kampung Nenasi Pantai, Nenasi, Pekan, Pahang. Pusat ini terletak di dalam kawasan Masjid iaitu Masjid Kampung Nenasi. MOSTI mengambil alih pengurusan pusat tersebut pada 23 November 2010 oleh pihak PNB selama setahun dan diletakkan dibawah jagaan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang atau lebih dikenali dengan nama, MUIP.
Pusat InfoSTI@MOSTI diuruskan oleh sukarelawan yang dilantik oleh pihak MOSTI dan mereka ini diberi elaun pada setiap penghujung bulan. Sukarelawan ini terlebih dahulu perlu mengikuti program yang dinamakan Training of Trainers yang dijalankan selama 2 minggu. Program training of trainers (ToT) yang pertama diadakan pada 15-31 Disember 2010, telah dihadiri oleh 20 sukarelawan yang terdiri daripada golongan belia penduduk setempat. Kesemua sukarelawan tersebut diajar mengenai Asas Komputer, Asas Internet, AgriBazaar, Asas Pembangunan Laman Web dan Asas Keselamatan Siber. Lanjutan daripada ToT yang diadakan, maka bermulalah kelas komuniti pusat yang pertama yang dihadiri oleh pelajar sekolah dan orang ramai. Pada tiga (3) bulan pertama penubuhan, seramai 380 orang pengungjung dicatatkan dan mempelajari pelbagai aplikasi ICT di pusat ini.

MAKLUMAT PUSAT INFOSTI@MOSTI PEKAN

Jadual 1: Maklumat Pusat

Rajah 1: Lokasi Pusat



MAKLUMAT AKTIVITI PUSAT INFOSTI@MOSTI PEKAN

Jadual 2: Maklumat aktiviti pusat

Kelas komuniti bagi pusat InfoSTI@MOSTI Pekan (seperti jadual diatas)adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Kelas ini seperti kelas-kelas komuniti di pusat InfoSTI@MOSTI yang lain diajar modul merangkumi  silibus seperti asas komputer, penggunaan internet, dan Microsoft Office 2007. Pada hari isnin hingga jumaat pula, operasi pusat dibuka kepada orang ramai dimana mereka dapat menggunakan pusat tersebut untuk melayari internet seperti mana sebuah pusat ICT cybercentre beroperasi.


PETA ARAH JALAN KE PUSAT INFOSTI@MOSTI PEKAN

Rajah 2: Peta arah jalan ke pusat


GAMBAR PUSAT INFOSTI@MOSTI PEKAN
  
Rajah 3: Gambar sekitar pusat