Thursday 16 June 2011

Maklumat Pusat InfoSTI@MOSTI Pekan


LATAR BELAKANG PUSAT INFOSTI@MOSTI PEKAN

Pusat InfoSTI@MOSTI Pekan menggunakan pusat yang telah didirikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu Pusat Komuniti Pintar PNB (“PKPPNB”) yang terletak di Kampung Nenasi Pantai, Nenasi, Pekan, Pahang. Pusat ini terletak di dalam kawasan Masjid iaitu Masjid Kampung Nenasi. MOSTI mengambil alih pengurusan pusat tersebut pada 23 November 2010 oleh pihak PNB selama setahun dan diletakkan dibawah jagaan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang atau lebih dikenali dengan nama, MUIP.
Pusat InfoSTI@MOSTI diuruskan oleh sukarelawan yang dilantik oleh pihak MOSTI dan mereka ini diberi elaun pada setiap penghujung bulan. Sukarelawan ini terlebih dahulu perlu mengikuti program yang dinamakan Training of Trainers yang dijalankan selama 2 minggu. Program training of trainers (ToT) yang pertama diadakan pada 15-31 Disember 2010, telah dihadiri oleh 20 sukarelawan yang terdiri daripada golongan belia penduduk setempat. Kesemua sukarelawan tersebut diajar mengenai Asas Komputer, Asas Internet, AgriBazaar, Asas Pembangunan Laman Web dan Asas Keselamatan Siber. Lanjutan daripada ToT yang diadakan, maka bermulalah kelas komuniti pusat yang pertama yang dihadiri oleh pelajar sekolah dan orang ramai. Pada tiga (3) bulan pertama penubuhan, seramai 380 orang pengungjung dicatatkan dan mempelajari pelbagai aplikasi ICT di pusat ini.

MAKLUMAT PUSAT INFOSTI@MOSTI PEKAN

Jadual 1: Maklumat Pusat

Rajah 1: Lokasi Pusat



MAKLUMAT AKTIVITI PUSAT INFOSTI@MOSTI PEKAN

Jadual 2: Maklumat aktiviti pusat

Kelas komuniti bagi pusat InfoSTI@MOSTI Pekan (seperti jadual diatas)adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Kelas ini seperti kelas-kelas komuniti di pusat InfoSTI@MOSTI yang lain diajar modul merangkumi  silibus seperti asas komputer, penggunaan internet, dan Microsoft Office 2007. Pada hari isnin hingga jumaat pula, operasi pusat dibuka kepada orang ramai dimana mereka dapat menggunakan pusat tersebut untuk melayari internet seperti mana sebuah pusat ICT cybercentre beroperasi.


PETA ARAH JALAN KE PUSAT INFOSTI@MOSTI PEKAN

Rajah 2: Peta arah jalan ke pusat


GAMBAR PUSAT INFOSTI@MOSTI PEKAN
  
Rajah 3: Gambar sekitar pusat

Wednesday 15 June 2011

Sumber Ekonomi di Daerah Pekan

Perikanan

Perikanan merupakan sumber ekonomi utama penduduk Kg. Nenasi. Awal-awal pagi, nelayan-nelayan akan keluar ke laut dan pulang bersama hasil tangkapan. Walaupun pelbagai dugaan yang ditempuh sepanjang berada di lautan, para nelayan berusaha untuk mendapatkan tangkapan yang baik. Hasil daripada tangkapan yang diperoleh, dijual kepada pemborong-pemborong dan penjual-penjual di pasar-pasar basah di sekitar Pekan Nenasi. Ia sangat menguntungkan dan memberi pulangan yang lumayan.


Projek Akuakultur Udang Laut

Projek akuakultur udang laut mula dinaikan pada Julai 2009 di Kg. Nenasi. Projek ini dilihat berpotensi untuk menaikkan pendapatan penduduk setempat dan dikormesilkan.

Perusahaan yang berjaya dikomersilkan 
Perusahaan Murtabak Mengkasar
 
Kepada penggemar murtabak, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati murtabak istimewa ini. Daerah Pekan popular dengan perusahaan Murtabak Mengkasar. Ia sangat popular sehingga pernah beberapa kali tersiar di surat khabar dan pernah masuk ke rancangan televisyen popular TV3, Jalan-jalan Cari Makan.


Kedai yang dinyatakan ini terletak di Kampung Mengkasar, Pekan. Kedai ini sangat mudah untuk ditemui kerana terletak di tepi jalan. Lebih memudahkan lagi, terdapat papan tanda menuju ke kedai tersebut. Murtabak ini, rasanya berbeza dengan murtabak-murtabak lain kerana adanya inti di tengah. Lapisan inti tersebut perlu dimasak dahulu, kemudian baru diletakkan lapisan seterusnya dan kemudian dimasak sekali lagi. Lapisan luar disaluti bancuhan telur.

 
Cawangannya terletak di Bukit Sekilau bersebelahan dengan UITM Kuantan. Pada bulan puasa terutamanya, ramai penduduk setempat membuka gerai murtabak ini untuk meraih pendapatan.

 
Untuk makluman, harga Murtabak Mengkasar ini sepadan dengan saiznya iaitu, murtabak biasa RM5.00 sekeping & murtabak special RM7.00 sekeping.

 
Keropok Lekor Nenasi (Keropok ikan Tamban)




Diusahakan oleh Roslan Awang, 44 dengan bantuan isterinya Noreda Mustafa, 38. Walaupun ianya masih berkaitan kehidupan nelayan, ia memberi pendapatan lumayan kepada keluarga dengan pendapatan kasar berjumlah kira-kira RM11,000 sebulan. En. Roslan membeli ikan tamban segar seberat satu tan berharga RM2,000 setiap dua atau tiga hari sekali, bagi menghasilkan kira-kira 5,000 batang keropok lekor, selain 20 kilogram keropok kering sehari.


Dengan sokongan pihak MARDI, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) permintaan terhadap produk keluarannya itu sangat membanggakan. Selain itu, ia telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung, khasnya kepada isteri-isteri dan anak-anak nelayan.
Cara Membuat Keropok Lekor Nenasi
Bahan-bahan: Ikan tamban, tepung.

Proses Pembuatan:
1.   Menyiang dan membersihkan ikan tamban sebelum isi ikan disimpan dalam peti sejuk.
2.   Selepas disimpan selama 12 jam, isi ikan akan dimesin hancur dan digaul dengan tepung untuk dijadikan keropok lekor dan keropok kering.


Pautan lain

Direktori Usahawan Bimbingan Jabatan PertanianNegeri Pahang --> (link)

Tuesday 14 June 2011

Pelancongan di Kg. Nenasi Pantai, Pekan

PANTAI NENASI


Nenasi merupakan sebuah bandar kecil di Pahang, Malaysia. Ia terletak di dalam daerah Pekan, separuh jalan antara Kuala Rompin dan Pekan. Nenasi adalah satu kawasan yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti perkhemahan di pantai memandangkan kawasannya yang terletak di pesisir pantai. Aktiviti –aktiviti seperti mengail, barbeku, kem, dan berenang adalah antaranya. Terdapat juga kawasan seperti paya, sawah-sawah purba, sungai-sungai dan kampung kecil yang boleh diteroka. Daripada jalan raya - sebelum atau selepas bandar - anda perlu memandu / berjalan ke pantai dan merentasi satu parit air surut sebelum tiba ke pantai itu sendiri.



MEMANCING IKAN

Bot-bot nelayan disediakan bagi pemancing-pemancing  yang ingin memancing ikan di laut. Bayaran akan dikenakan bagi setiap pemancing memandangkan bot-bot berkenaan perlu disewa. Aktiviti seperti pertandingan memancing turut diadakan dari semasa ke semasa. Contohnya Pertandingan Memancing Nenasi.



MENONTON PENGHIJRAHAN BURUNG BOTAK


Burung botak atau nama saintifiknya, Leptotilos Javalicus atau turut dikenali dengan nama Lesser Adjutant Stork ialah sejenis unggas yang mudah ditemui di kawasan paya bakau serta di kawasan persisir pantai yang berlumpur. Walau bagaimanapun, haiwan unik ini dikatakan antara spesies burung yang semakin pupus. Burung botak merupakan salah satu spesies burung yang turut merentasi Semenanjung Malaysia pada musim penghijrahan burung mengelilingi dunia. Dipercayai, sebanyak 44 daripada 55 spesies singgah di Parit Jawa pada bulan Mei setiap tahun sebelum meneruskan penghijrahan ke tempat lain. Kehadiran burung-burung ini menjadikan Parit Jawa begitu terkenal di kalangan peminat burung dari dalam dan luar negara. 


Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pengkaji Burung Antarabangsa sehingga tahun 2002, jumlah burung botak dianggarkan sebanyak 5,000 dan daripada jumlah itu, sebanyak 250 ekor daripadanya terdapat di Semenanjung Malaysia. Pembiakannya tertumpu di beberapa kawasan seperti di pantai barat, termasuk kira-kira dua peratus di Johor. Antara habitat popular burung botak di negara ini ialah hutan paya bakau Matang, Perak, hutan simpan Nenasi di Pahang dan di sekitar Johor termasuk Parit Jawa. Justeru bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya pengunjung Pantai Leka dapat melihat kelibat burung botak bertenggek di dahan-dahan pokok walaupun bukan pada musim penghijrahan burung. Kawasan-kawasan ini menjadi pilihan burung botak untuk membiak kerana kerana keadaan semula jadi lokasi tersebut yang diliputi pantai berlumpur.

Sunday 12 June 2011

Tempat Penginapan di Pekan

INDERAPURA LAKE RESORT
Taman Tasik Sultan Abu Bakar,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-4266166




MELATI INN
No. 1, Jalan Istana Melati,
Kampung Mengkasar,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-4223388



CHIEF REST HOUSEJalan Istana Permai,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-4226941





POLO INN
D/A Royal Pahang Polo Club,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-4224587




CHALET KG MERCHONG
Kg Merchong, 26680 Pekan
Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-4170778


  •  Penghawa dingin-17 bilik ( 2 katil bujang-16 bilik )( 1 katil kelamin - 1 bilik ) 
  •  Tanpa penghawa dingin -3 bilik ( 2 bilik katil kelamin )( 1 bilik katil bujang ) 
  •  Chalet Kg Merchong ke Rompin -18 km 
  •  Chalet Kg Merchong ke Pekan -55 km


CHALET PKN NENASI
Nenasi, 26680 Pekan
Pahang Darul Makmur.
 Tel: 09-4181275 / 09-4181322

  • 3 bilik - Tiap bilik ada 3 katil bujang ( RM 70.00 sehari ) 
  • Pakej memancing - RM 800.00 ( 1 hari semalaman ) 



NENASI MOTEL & RECREATION
Nenasi, 26680 Pekan,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 012-9533906


  • Bilik - 5 bilik  
  • 5 bilik standard ( 4 katil bujang) RM 70.00 sehari  
  • Pakej memancing 2 hari 2 malam  
  • Termasuk penginapan, makanan, mineral water, umpan dan ais. 
  • Bot ada GPS, sonar, Out Riggerdan Railing belakang 
  • Maksimum 6 orang 
  • RM 1,600.00

Thursday 9 June 2011

ADUN kawasan Pekan


 Kawasan Parlimen Pekan dibahagikan kepada beberapa kawasan kecil yang diketuai oleh ADUN. Mengikut hierarki organisasi, dibawah kuasa Ahli Parlimen maka wujudnya ADUN-ADUN yang membantu Ahli Parlimen tersebut dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri.

Wakil Rakyat bagi kawasan Parlimen P085 Pekan adalah Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia dan juga merangkap Menteri Kewangan Malaysia. Terdapat empat (4) ADUN bagi kawasan Parlimen Pekan. ADUN-ADUN tersebut adalah :-
  • ADUN Pulau Manis (N.20)
  • ADUN Peramu Jaya (N.21)
  • ADUN Bebar (N.22)
  • ADUN Chini (N.23)

Maklumat Ahli Parlimen & ADUN:

 1. AHLI PARLIMEN (P085) : Pekan
Nama
Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Alamat
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, 62502 Putrajaya.
Tel : 03-88883974

Faks : 03-88883973



2. ADUN Bebar (N.22)

Nama
YB.Dato' Haji Ishak Bin Haji Muhamad, DSAP., DIMP., AMP., PKC., PPN.

Alamat
Tingkat 3, Blok B,Wisma Sri Pahang,
25503 Kuantan.
Tel.Pejabat  : 09-5126696
Faks : 095126697-
Emel : adunbebar@pahang[dot]gov[dot]my


3. ADUN Chini (N.23)
Nama
YB.Dato' Abu Bakar Bin Haji Harun, DIMP., SMP.

Alamat
Pusat Khidmat Masyarakat,
Bangunan TDK Bandar Dara,26690 Chini.
Tel.Pejabat : 09-4568992
Faks : 09-4568992
Emel : adunchini@pahang[dot]gov[dot]my



4. ADUN Pulau Manis (N.20)
Nama
YB.Encik Khairuddin Bin Mahmud

Alamat
A 17, Tingkat Atas,Lorong 11,
Bandar Baru Jaya Gading, 26070 Kuantan.
Tel.Pejabat : 09-5383111
Faks : 09-5381112
Emel : adunpulaumanis[at]pahang[dot]gov[dot]my


5. ADUN Peramu Jaya (N.21)

Nama
YB.Encik Ibrahim Bin Awang Ismail, PKC., PJK.

Alamat
Pusat Khidmat Rakyat DUN Peramu Jaya,
Jalan Masjid Abdullah, Pekan Lama, 26600 Pekan.
Tel.HP : 019-9522757
Faks : 09-4211048
Emel : adunperamujaya[at]pahang[dot]gov[dot]my