Perikanan
Perikanan merupakan sumber ekonomi utama penduduk Kg. Nenasi. Awal-awal pagi, nelayan-nelayan akan keluar ke laut dan pulang bersama hasil tangkapan. Walaupun pelbagai dugaan yang ditempuh sepanjang berada di lautan, para nelayan berusaha untuk mendapatkan tangkapan yang baik. Hasil daripada tangkapan yang diperoleh, dijual kepada pemborong-pemborong dan penjual-penjual di pasar-pasar basah di sekitar Pekan Nenasi. Ia sangat menguntungkan dan memberi pulangan yang lumayan.
Projek Akuakultur Udang Laut
Projek akuakultur udang laut mula dinaikan pada Julai 2009 di Kg. Nenasi. Projek ini dilihat berpotensi untuk menaikkan pendapatan penduduk setempat dan dikormesilkan.
Perusahaan yang berjaya dikomersilkan
Kepada penggemar murtabak, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati murtabak istimewa ini. Daerah Pekan popular dengan perusahaan Murtabak Mengkasar. Ia sangat popular sehingga pernah beberapa kali tersiar di surat khabar dan pernah masuk ke rancangan televisyen popular TV3, Jalan-jalan Cari Makan.
Kedai yang dinyatakan ini terletak di Kampung Mengkasar, Pekan. Kedai ini sangat mudah untuk ditemui kerana terletak di tepi jalan. Lebih memudahkan lagi, terdapat papan tanda menuju ke kedai tersebut. Murtabak ini, rasanya berbeza dengan murtabak-murtabak lain kerana adanya inti di tengah. Lapisan inti tersebut perlu dimasak dahulu, kemudian baru diletakkan lapisan seterusnya dan kemudian dimasak sekali lagi. Lapisan luar disaluti bancuhan telur.
Cawangannya terletak di Bukit Sekilau bersebelahan dengan UITM Kuantan. Pada bulan puasa terutamanya, ramai penduduk setempat membuka gerai murtabak ini untuk meraih pendapatan.
Untuk makluman, harga Murtabak Mengkasar ini sepadan dengan saiznya iaitu, murtabak biasa RM5.00 sekeping & murtabak special RM7.00 sekeping.

Keropok Lekor Nenasi (Keropok ikan Tamban)
Diusahakan oleh Roslan Awang, 44 dengan bantuan isterinya Noreda Mustafa, 38. Walaupun ianya masih berkaitan kehidupan nelayan, ia memberi pendapatan lumayan kepada keluarga dengan pendapatan kasar berjumlah kira-kira RM11,000 sebulan. En. Roslan membeli ikan tamban segar seberat satu tan berharga RM2,000 setiap dua atau tiga hari sekali, bagi menghasilkan kira-kira 5,000 batang keropok lekor, selain 20 kilogram keropok kering sehari.
Dengan sokongan pihak MARDI, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) permintaan terhadap produk keluarannya itu sangat membanggakan. Selain itu, ia telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung, khasnya kepada isteri-isteri dan anak-anak nelayan.
Cara Membuat Keropok Lekor Nenasi
Bahan-bahan: Ikan tamban, tepung.
Proses Pembuatan:
1. Menyiang dan membersihkan ikan tamban sebelum isi ikan disimpan dalam peti sejuk.
2. Selepas disimpan selama 12 jam, isi ikan akan dimesin hancur dan digaul dengan tepung untuk dijadikan keropok lekor dan keropok kering.
Pautan lain
Direktori Usahawan Bimbingan Jabatan PertanianNegeri Pahang --> (link)